Assalamualikum
Entah kenapa rasa terlintas untuk menulis blog pada zaman sekarang ni. Sebab bagi aku untuk menulis ayat panjang-panjang dan berjela sangat lah malas. Untuk membaca blog pun tengok keadaan kalau terasa nak mencari maklumat, tu pun baca skip-skip. So apa yang sedang aku fikirkan sekarang ni ?? Aku harap tak berkubur lah blog ni nanti.
Maybe sebab aku agak down harini jadi aku sedang mencari semangat untuk kehidupan mendatang. Dulu zaman sekolah ada juga menulis blog, tapi isi nya agak merepek dan lebih kepada karangan macam budak sekolah.
Jadi bagi entry pertama untuk blog baru ni, aku nak cakap pasal rezeki. Mungkin apa yang aku nak kata ni serba ringkas dan tiada dalil atau ayat Al-Quran tambahan sebab aku masih biasa biasa dan sedang cuba untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Aku selalu positifkan diri aku dengan ayat 'rezeki masing-masing' walaupun kadang-kadang macam 'kenapa dia okey aku tak'. dan harini bila aku hilang semangat, aku WhatsApp kawan baik aku, minta dia semangat (macam pemujaan pula) dan dia ingatkan aku tentang sesuatu yang aku terlupa iaitu 'REZEKI MASING_MASING'.
Allah S.W.T dah tetapkan setiap rezeki hambanya. Dan rezeki itu maksudnya sangat luas. Rezeki tu bukan sahaja merujuk pada gaji (duit) atau makanan, tetapi juga merujuk kepada ilmu, kesihatan, pakaian dan banyak lagi.
Sebagai contoh, mungkin bukan rezeki A untuk sambung belajar, tapi rezekinya dapat dirasai melalui hasil jualan pakaian yang diusahakan dan dalam masa yang sama dapat menjaga kedua ibu bapanya di rumah. Contoh lain, B mendapat pointer yang rendah dalam pelajarannya, mungkin rezekinya semasa dia berada di alam pekerjaan nanti. Doakan yang baik-baik.
Kita sebagai manusia tidak tahu akan rezeki kita pada masa akan datang. Yang maha Esa sudah menetapkam segalanya buat hambanya sejak dahulu lagi. Tapi jangan pula kita malas duduk saja tunggu rezeki tu datang bergolek. Kita juga hendaklah berusaha mencari rezeki yang baik dan halal kerana niat tidak menghalalkan cara.
*tiba-tiba bila dah semangat sikit terus hilang mood nak menaip. Jadinya adakah kena tak bersemangat baru aku akan tulis blog ??
Sekian,
CNJ
Comments
Post a Comment